Berita Syarikat

Perubahan dalam syarat dagangan disebabkan oleh Pilihan Raya Presiden Perancis

Kami ingin memaklumkan pemegang akaun kami bahawa keperluan margin kami akan berubah pada 24 April 2017 disebabkan oleh Pilihan Raya Presiden di Perancis. Perubahan tersebut akan dikuatkuasakan dari 00:00 EEST 24 April 2017 hingga 00:00 EEST 25 April 2017.

Leveraj akan diturunkan kepada 1:200 bagi pasangan mata wang, 1:50 bagi logam dan minyak mentah dan 1:10 bagi indeks.   

Ketaktentuan yang tinggi dijangka berlaku selepas pengumuman keputusan pusingan pertama, dengan jurang pada pembukaan dagangan. Sila pertimbangkan maklumat ini apabila merancang dagangan anda.

Ketahui bahawa perubahan selanjutnya boleh dilakukan bergantung pada ketaktentuan pasaran. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Hubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami jika anda mempunyai sebarang soalan.

OctaFX dengan bangganya menawarkan persekitaran dagangan yang selamat dan stabil kepada para pemegang akaun. Kami mengambil langkah ini untuk membantu mengurus risiko dan memastikan kami mengekalkan perkhidmatan yang mengutamakan keperluan dan kepuasan pelanggan kami.

Terima kasih kerana memilih OctaFX sebagai broker forex pilihan anda! 

Kemaskini syarat dagangan

Server maintenance – Saturday April 15, 2017

We would like to inform you that we will be performing a scheduled server maintenance this Saturday, April 15 from 22:00 till 23:00 Server time (EEST). Our website will be temporarily unavailable during the maintenance.
Baca lagi Previous

Salam Ramadan daripada OctaFX

Sempena bulan Ramadan kali ini, OctaFX mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pedagang yang beragama Islam, agar mendapat keberkatan sepanjang tempoh empat minggu, 30 hari dan 720 jam ini.
Baca lagi Next